Dalam Fasa Pembangunan  •  Dalam Fasa Pembangunan  •  Dalam Fasa Pembangunan  •  Dalam Fasa Pembangunan  •  Dalam Fasa Pembangunan  •  Dalam Fasa Pembangunan  • 
← Home
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Nota Tajwid Al-Qur'an

Panduan Lengkap Ilmu Tajwid — Rasm 'Uthmani — untuk pembelajaran dan tadarus Al-Qur'an

Riwayat: Hafs Imam: 'Asim Rasm: 'Uthmani Tariqah: Ash-Syatibiyyah
1

Pengenalan Ilmu Tajwid

التَّجْوِيد

Pengertian Tajwid التَّجْوِيد

Dari segi bahasa: Tajwid bermaksud memperelokkan atau memperindahkan.

Dari segi istilah: Tajwid ertinya mengeluarkan huruf dari tempatnya (makhraj) dengan memberikan hak sifat-sifat yang dimilikinya.

Ringkasnya, ilmu tajwid ialah ilmu tentang cara membaca Al-Qur'an dengan baik dan betul.

Tujuan Mempelajari Ilmu Tajwid

Supaya dapat membaca ayat suci Al-Qur'an secara fasih (betul/benar), lancar, serta dapat memelihara lidah dari kesalahan-kesalahan ketika membaca Al-Qur'an.

Hukum Mempelajari & Mengamalkan Tajwid

Hukum mempelajari ilmu tajwid ialah Fardhu Kifayah.

Hukum mengamalkan tajwid ketika membaca Al-Qur'an ialah Fardhu 'Ain — wajib ke atas setiap lelaki dan perempuan yang mukallaf.

Kesalahan-Kesalahan Dalam Bacaan Al-Qur'an اللَّحْن

(a) Al-Lahn Al-Jali — اللَّحْن الْجَلِي (Kesalahan Yang Nyata)

Berlaku apabila terdapat kesalahan pada sebutan huruf atau perubahan pada tanda baris, sama ada membawa kepada perubahan makna atau tidak. Kesalahan ini dihukumkan haram dan berdosa. Jika berlaku dalam bacaan solat, maka tidak sah atau tidak sempurnalah solat tersebut.

(b) Al-Lahn Al-Khafi — اللَّحْن الْخَفِي (Kesalahan Yang Tersembunyi)

Tidak membawa kepada perubahan makna, seperti meninggalkan dengung, tidak dapat menentukan kadar harakat mad dengan sempurna, atau tidak menepati sifat huruf. Tidak sampai mencacatkan solat, namun para pembaca Al-Qur'an patut meninggalkannya.Hukum Tajwid Al-Qur'an 1

AspekAl-Lahn Al-JaliAl-Lahn Al-Khafi
Bentuk kesalahanTertukar huruf / barisTertinggal dengung / mad / sifat
Perubahan maknaBoleh berubah maknaTidak berubah makna
HukumHaram & berdosa (batal solat)Makruh (patut dijauhi)

Tingkatan Bacaan Al-Qur'an

1. At-Tahqiq التَّحْقِيق

Tingkatan paling lambat & perlahan. Biasanya untuk pelajar agar dapat melafazkan huruf beserta sifat-sifatnya dengan tepat.

2. At-Tartil التَّرْتِيل

Membaca Al-Qur'an dengan perlahan & tenang. Setiap huruf dilafazkan satu persatu mengikut makhraj & sifatnya. Diutamakan.

3. At-Tadwir التَّدْوِير

Pertengahan antara tartil & hadr. Kebiasaannya dibaca dalam solat oleh para imam.

4. Al-Hadr الْحَدْر

Tingkatan paling cepat, tetapi hukum tajwid tetap terjaga. Biasanya bagi penghafaz untuk mengulang hafalan.

Fakta Asas Al-Qur'an

Juzuk

30

Surah

114

Ayat

6,236

Tajwid Diagram

2

Makhraj Huruf

مَخَارِجُ الْحُرُوف

Makhraj bermaksud tempat keluar sebutan huruf-huruf hija'iyyah. Terdapat 5 makhraj umum yang mengandungi 17 makhraj khusus.Hukum Tajwid 1

1. Al-Halq

Kerongkong / halkum — 6 huruf

2. Al-Lisan

Lidah — 18 huruf

3. As-Syafatain

Bibir mulut — 4 huruf

4. Al-Jauf

Rongga mulut — 3 huruf mad

5. Al-Khaisyum

Rongga hidung — ghunnah

1. Al-Halq الْحَلْق — Kerongkong

6 huruf keluar dari kerongkong tekak, terbahagi kepada 3 bahagian khusus:

BahagianHuruf
Pangkal kerongkongء ه
Tengah kerongkongع ح
Hujung kerongkongغ خ
ءهع حغخ

2. Al-Lisan اللِّسَان — Lidah

18 huruf Lisan, terbahagi kepada 10 makhraj khusus:

Bahagian LidahHuruf
a) Pangkal lidah berhampiran anak tekakق
b) Pangkal lidah menyentuh lelangit belakangك
c) Tengah lidah ditekan ke lelangit atasش ج ي
d) Tepi/sisi lidah dirapatkan pada gigi geraham atas (dalam)ض
e) Hujung lidah ditekan ke gusi di atas gigi depan (dalam)ل
f) Hujung lidah ditekan ke lelangit depan, sedikit ke belakang dari makhraj Lamن
g) Hujung lidah diangkat ke lelangit atas & dilengkungkanر
h) Hujung lidah ke belakang gigi depan bawahص ز س
i) Hujung lidah ditekan ke pangkal gigi depan atasت ط د
j) Hujung lidah dikeluarkan sedikit & ditekan di hujung gigi depan atasذ ث ظ
ق ك ي ش ج ض ل ن ر ت د ط ث ذ ظ ص ز س

3. As-Syafatain الشَّفَتَيْن — Bibir Mulut

4 huruf Syafatain, 2 makhraj khusus:

BahagianHuruf
a) Bibir bawah ditekan ke gigi kacip atasف
b) Bibir bawah & atas posisi rapatب م و
بموف

4. Al-Jauf الْجَوْف — Rongga Mulut

Makhraj khusus bagi huruf-huruf Mad yang dikeluarkan melalui rongga mulut. Terdapat 3 huruf mad:

اوي

Digelar huruf حُرُوف الْمَدِّ atau الْهَوَائِيَّة.Hukum Tajwid 1

5. Al-Khaisyum الْخَيْشُوم — Rongga Hidung

Makhraj Khaisyum hanya khusus untuk ghunnah (dengung). Dengung mesti dikeluarkan melalui rongga hidung. Dengung hanya berlaku pada huruf Mim (م) dan Nun (ن) yang berbaris mati dan bertanda syaddah (sabdu).

Ghunnah: Mengeluarkan bunyi melalui hidung — suara lembut yang keluar dari rongga hidung berikutan menurunkan anak lidah dan terbukanya langit-langit lembut.Hukum Tajwid 1

Latihan Sebutan Makhraj Huruf

Setiap huruf dilatih dengan beberapa kombinasi baris bagi menguasai makhraj & sifatnya. Contoh latihan untuk huruf-huruf berikut:9

Contoh latihan بَأْ   إِ ْى   َءا   أ ُْو   بَ ْ   بُ ْو   بِ ْى   بَا تَ ْ   تُ ْو   تِ ْى   تَا   ثَ ْ   ثُ ْو   ثِ ْى   ثَا جًا   ُج ْو   ِج ْى   َجا   حًا   ُح ْو   ِح ْى   َحا صًا   ُص ْو   ِص ْى   َصا   ضًا   ُض ْو   ِض ْى   َضا طًا   طُْو   ِط ْى   َطا   ظًا   ظُْو   ِظ ْى   َظا قًا   ُق ْو   ِق ْى   َقا   كًا   ُك ْو   ِك ْى   َكا
3

Sifat-Sifat Huruf

صِفَاتُ الْحُرُوف

Sifat huruf ada 17: 10 berpasangan (5 pasang berlawanan) & 7 tunggal. Setiap huruf hija'iyyah mempunyai sifat-sifat yang menentukan cara penyebutannya.Hukum Tajwid Al-Qur'an 1

Sifat Berlawanan (5 pasang)Sifat Tunggal (7)
JaharHamasTafassyiQalqalahInhiraf
SyiddahRakhawahTawassutIstitolah
Isti'la'IstifalTakrirSofir
ItbaqInfitah
IsmatIzlaq

A. Sifat Berpasangan (Berlawanan)

1. Jahar الْجَهْر ↔ Hamas الْهَمْس

Jahar — nafas tertahan ketika menyebut hurufnya. 19 huruf.
Hamas — nafas terlepas ketika menyebut hurufnya. 10 huruf.

Huruf Hamas (10):

Hamas فَحَثَّهُ شَخْصٌ سَكَت
Perhatian: Hati-hati ketika menyebut huruf Ta' (ط) dan Kaf (ك) yang berbaris kerana sifat syiddahnya.

2. Syiddah الشِّدَّة ↔ Rakhawah الرَّخَاوَة

Syiddah — suara tertahan ketika menyebut hurufnya. 8 huruf.
Rakhawah — suara terlepas ketika menyebut hurufnya. 16 huruf.
Syiddah أَجِدْ قَطٍّ بَكَت
Rakhawah خُذْ غَثَّ حَظَّ فَضَّ شَوْصٍ زَيَّ سَاه
Tawassut (pertengahan antara Syiddah & Rakhawah) — 5 huruf: لِنْ عُمَر

3. Isti'la' الِاسْتِعْلَاء ↔ Istifal الِاسْتِفَال

Isti'la' — terangkat pangkal lidah ke langit-langit ketika menyebut hurufnya. 7 huruf. Sifatnya kuat.
Istifal — tidak terangkat pangkal lidah. 21 huruf (selain huruf Isti'la'). Sifatnya lemah.
Huruf Isti'la' (7) — "huruf tebal" خُصَّ ضَغْطٍ قِظ

i.e. خ ص ض غ ط ق ظ

Huruf Istifal (21) أَنْشِرْ حَدِيثَ عِلْمِكَ سَوْفَ تُجَهِّزْ بِذَا

Pelajaran Tajwid Isti'la' dan Istifal (ilma95)

4. Itbaq الْإِطْبَاق ↔ Infitah الْإِنْفِتَاح

Itbaq — terangkat lidah menutupi langit-langit. 4 huruf.
Infitah — terbuka ruang antara lidah dan langit-langit. 22 huruf.
صضطظ

Huruf Itbaq juga termasuk dalam huruf Isti'la' — mempunyai sifat tebal yang kuat.

5. Ismat الْإِصْمَات ↔ Izlaq الْإِذْلَاق

Ismat — tertahan dari segera keluar. 23 huruf.
Izlaq — lancar dan mudah menyebut kerana hurufnya keluar dari hujung lidah dan dua bibir. 6 huruf.
Izlaq (6) فِرَّ مِنْ لُبٍّ

i.e. ف ر م ن ل ب

Ismat (23) جَزُّ غِشٍّ سَاخِطٍ صَدَّ ثَقَةً اِذْ وَعَ ظَهُ يَحُضُّك

B. Sifat Tunggal (7 sifat)

1. Sofir الصَّفِير

Menyebut huruf dengan bunyi desiran yang kuat menyerupai suara binatang. 3 huruf:

سزص

2. Qalqalah الْقَلْقَلَة

Lantunan suara yang kuat pada makhraj kerana tekanan yang kuat. 5 huruf:

Huruf Qalqalah قَطْبٌ جَدٍّ

i.e. ق ط ب ج د

Hati-hati dengan bentuk lantunan bagi 3 jenis qalqalah (Sughra, Kubra, Akbar) — lihat bahagian 12.

3. Tafassyi التَّفَشِّي

Sebaran udara yang meluas dalam mulut ketika menyebut hurufnya. 1 huruf: ش

4. Tawassut التَّوَسُّط

Pertengahan antara Syiddah & Rakhawah. 5 huruf: ل ن ع م ر

5. Takrir التَّكْرِير

Pengulangan bunyi — mesti dijaga agar tidak terlalu banyak getaran. 1 huruf: ر

6. Inhiraf الِانْحِرَاف

Melencong huruf dari makhrajnya ke makhraj lain. 2 huruf:

رل

7. Istitolah الِاسْتِطَالَة

Memanjang — makhraj hurufnya memanjang di bahagian tepi lidah sehingga ke makhraj Lam. 1 huruf: ض

4

Alif Lam Ma'rifah

الْأَلِفُ اللَّام

Alif Lam Ma'rifah terbahagi kepada dua jenis: Al-Qamariyyah (Qamar — bulan) dan As-Syamsiyyah (Syams — matahari).

1. Alif Lam Al-Qamariyyah الْقَمَرِيَّة

Bunyi alif lam dinyatakan dengan jelas (al / الْ). Cara bacaannya adalah dengan menyebut huruf Lam dengan sebutan yang jelas. Boleh dikenali dengan tanda sukun (mati) pada huruf Lam dan diikuti dengan salah satu huruf Al-Qamariyyah.

14 huruf Al-Qamariyyah:

Huruf Qamariyyah (14) ء ب ج ح خ ع غ ف ق ك م ه و ي

Himpunan: ءبجحخعغفقكموهي

Contoh الْحَمْدُ   الْعَالَمِين   الْجِنّ   الْبَقَرَةُ   اْلنَّاس

2. Alif Lam As-Syamsiyyah الشَّمْسِيَّة

Bunyi alif lam tidak disebut atau tidak dinyatakan. Cara bacaannya adalah dengan memasukkan huruf Lam ke dalam huruf-huruf As-Syamsiyyah. Boleh dikenali dengan tanda syaddah (sabdu) pada huruf As-Syamsiyyah yang terdapat selepas alif lam.

14 huruf As-Syamsiyyah:

Huruf Syamsiyyah (14) ت ث د ذ ر ز س ش ص ض ط ظ ل ن

Himpunan: تثدذرزسشصضطظلن

Contoh الشَّمْسُ   الرَّحْمَنُ   النَّاسِ   الطَّارِقِ   الزَّلْزَلَة
5

Hukum Bacaan Nun Mati & Tanwin

أَحْكَامُ النُّونِ السَّاكِنَةِ وَالتَّنْوِين

Apabila Nun Mati (نْ) atau Tanwin (ً ٍ ٌ) bertemu dengan huruf-huruf tertentu, terdapat 5 hukum utama: Izhar Halqi, Idgham Bila Ghunnah, Idgham Bi Ghunnah, Iqlab, dan Ikhfa' Haqiqi. Tambahan: Izhar Mutlaq.13; Hukum Tajwid 1

HukumHurufBil.Cara Baca
1. Izhar Halqiء ه ع ح غ خ6Jelas tanpa dengung
2. Idgham Bila Ghunnahل ر2Masuk tanpa dengung
3. Idgham Bi Ghunnahي ن م و4Masuk dengan dengung 2h
4. Iqlabب1Tukar kepada bunyi Mim, dengung 2h
5. Ikhfa' Haqiqiت ث ج د ذ ز س ش ص ض ط ظ ف ق ك15Samar dengan dengung 2h

1. Izhar Halqi الْإِظْهَارُ الْحَلْقِي

Izhar = jelas/nyata. Halqi = halkum/kerongkong.

Berlaku apabila Nun Mati atau Tanwin bertemu salah satu 6 huruf Halqi. Cara baca: menjelaskan sebutan huruf Nun Mati atau Tanwin, tanpa dengung.

ءهعحغخ
Contoh مَنْ ءَامَنَ   أَنْعَمْتَ   حَلَّالٌ   غَفُورٌ رَحِيمٌ   خُلُقٍ عَظِيمٍ
Dalam Rasm 'Uthmani: huruf Nun Mati diletakkan tanda sukun. Fathatain & Kasratain selari; Dhommatain tidak selari.

2. Idgham Bila Ghunnah الْإِدْغَامُ بِلَا غُنَّة

Memasukkan tanpa dengung. Berlaku apabila Nun Mati atau Tanwin bertemu salah satu 2 huruf: ل ر — dalam dua perkataan.

لر
Contoh أَنْ لَمْ   مَنْ لَّدُنْ   غَفُورٌ رَّحِيمٌ   أَنْ رَءَاهُ   يُبَيِّن لَّنَا   بِمُؤْمِنٍ لَّنَا
Terdapat satu tempat dikecualikan dari bacaan Idgham (Surah Al-Qiyamah: 27) kerana dibaca dengan saktah.

3. Idgham Bi Ghunnah الْإِدْغَامُ بِغُنَّة

Memasukkan dengan dengung. Berlaku apabila Nun Mati atau Tanwin bertemu salah satu 4 huruf: ي ن م و — dalam dua perkataan, dengan disertai bunyi dengung 2 harakat.

ينمو
Contoh أَن يَّقُولَ   مَنْ وَاقٍ   حَصَّاصًا يَّسِيرًا   مِن مَّقَامٍ   لَن نَّدْخِلَهَا
Rasm 'Uthmani: huruf Nun tidak diletakkan tanda sukun. Fathatain & Kasratain tidak selari; Dhommatain selari.

Istethnar (Pengecualian): Izhar Mutlaq الْإِظْهَارُ الْمُطْلَق

Berlaku apabila Nun Mati bertemu dengan huruf-huruf Idgham Bi Ghunnah di dalam satu perkataan. Cara baca: menjelaskan sebutan Nun Mati tanpa didengungkan.

Hanya 4 perkataan sahaja dalam Al-Qur'an menggunakan kaedah Izhar Mutlak:

4 perkataan Izhar Mutlaq الدُّنْيَا   بُنْيَانٌ   صِنْوَانٌ   قِنْوَانٌ

4. Iqlab الْإِقْلَاب

Membalikkan atau menggantikan. Berlaku apabila Nun Mati atau Tanwin bertemu huruf Ba (ب). Cara baca: menukarkan bunyi Nun Mati menjadi bunyi Mim Mati, serta didengungkan 2 harakat.

ب
Contoh مِن بَعْدِ   أَنْبَأَهُمْ   سَمِيعٌ بَصِيرٌ   لِيُنْبَأَ   بَعْضٍ بِبَعْض
Rasm 'Uthmani: huruf Nun tidak diletakkan tanda sukun, dan diletakkan huruf Mim kecil di atasnya. Tanwin (baris dua): digugurkan satu baris dan diletakkan huruf Mim kecil padanya. Bibir mulut direnggangkan sedikit (atau dirapatkan ketika membacanya).
Cara baca Iqlab: Bibir mulut — renggang (tidak rapat) — kerana bunyi Mim yang disembunyikan ke dalam huruf Ba. Jika dirapatkan sepenuhnya, akan menjadi Idgham Mislain Soghir.

5. Ikhfa' Haqiqi الْإِخْفَاءُ الْحَقِيقِي

Ikhfa' = sembunyi/samar/tidak jelas. Berlaku apabila Nun Mati atau Tanwin bertemu salah satu 15 huruf. Cara baca: bunyi samar-samar antara Izhar dan Idgham beserta dengung 2 harakat.

ت ث ج د ذ ز س ش ص ض ط ظ ف ق ك
Contoh عَن صَلَاتِهِمْ   عِنْدَ اللّٰهِ   ثَمَنًا قَلِيلًا   يَنتَهُونَ   أَن تَزَكَّى
Dengung Ikhfa' dibaca tebal apabila bertemu dengan huruf yang tebal (huruf Isti'la': خ ص ض غ ط ق ظ).
6

Hukum Bacaan Mim Mati

أَحْكَامُ الْمِيمِ السَّاكِنَة

Hukum Mim Mati (مْ) terbahagi kepada 3 jenis: Idgham Mislain Soghir, Ikhfa' Syafawi, dan Izhar Syafawi.15; Hukum Tajwid 1

HukumHurufCara Baca
1. Idgham Mislain SoghirمDengung 2 harakat
2. Ikhfa' SyafawiبDengung 2 harakat (bibir direnggangkan sedikit)
3. Izhar Syafawi26 huruf lainJelas tanpa dengung

1. Idgham Mislain Soghir الْإِدْغَامُ الْمِثْلَيْنِ الصَّغِير

Memasukkan dua huruf yang sama — iaitu dua huruf Mim. Berlaku apabila Mim Mati bertemu dengan huruf Mim (م) yang berbaris. Cara baca: mesti didengungkan dengan kadar 2 harakat.

م
Contoh وَهُمْ مُّهْتَدُونَ   يَعِدُكُمْ مَّغْفِرَةً
Rasm 'Uthmani: huruf Mim Mati tidak diletakkan tanda sukun. Digelar "Mislain Soghir" kerana hurufnya serupa dari segi makhraj & sifat, dan huruf pertamanya yang mati.
Soghir (Kecil)Kabir (Besar)
Huruf pertamaMati (sukun)Berbaris
Huruf keduaBerbarisBerbaris

2. Ikhfa' Syafawi الْإِخْفَاءُ الشَّفَوِي

Ikhfa' = sembunyi/samar. Syafawi = bibir mulut. Berlaku apabila Mim Mati bertemu dengan huruf Ba (ب) yang berbaris, dalam dua kalimah sahaja. Cara baca: didengungkan dengan kadar 2 harakat.

ب
Contoh وَأَرْسَلْنَا إِلَيْهِمْ أَخَاهُمْ   عَلَيْكُمْ بِوَكِيلٍ   إِلَيْهِمْ بِهَدِيَّةٍ
Cara baca Ikhfa' Syafawi sama seperti Iqlab: tidak boleh merapatkan dua bibir tetapi direnggangkan sedikit. Jika dirapatkan, ia akan menjadi Idgham Mislain Soghir.

3. Izhar Syafawi الْإِظْهَارُ الشَّفَوِي

Izhar = jelas. Syafawi = kebibiran. Berlaku apabila Mim Mati bertemu salah satu huruf hijaiyyah selain huruf Mim (م) dan Ba (ب) — iaitu 26 huruf. Cara baca: dibaca dengan jelas/nyata huruf Mim Mati tanpa dengung.

Contoh أَمْ تَسْأَلُهُمْ خَرْجًا   فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ   فَلَهُمْ أَجْرٌ
Rasm 'Uthmani: huruf Mim Mati diletakkan tanda sukun. Sifat dengungnya tidak diperpanjangkan sehingga 2 harkat — hanya mengekalkan kadar dengung sedia ada padanya.
7

Bacaan Mim & Nun Syaddah

الْغُنَّةُ الْوَاجِبَة

Syaddah adalah baris sabdu (ّ). Apabila terdapat huruf Nun atau Mim bertanda Syaddah, maka wajib didengungkan dengan kadar 2 harakat sama ada ketika berhenti (waqaf) mahupun ketika menyambungkan bacaan (wasal).Hukum Tajwid 1

Wajib Al-Ghunnah وَاجِبُ الْغُنَّة

Dinamakan Wajib Al-Ghunnah kerana dengungnya wajib disempurnakan sebanyak 2 harakat, sama ada ketika wasal atau waqaf.

Contoh Mim & Nun Syaddah فَإِنَّهُمْ   أَمَّنْ يُجِيبُ   النَّبِيِّينَ   أُمِّيِّينَ   رَبَّانِيِّينَ   حُيِّيتُمْ   وَأَنَّ اللّٰه
Dengung diukur dengan 2 harakat — makhrajnya tidak berpindah dan tidak berubah.

Tingkatan Ghunnah (5 Tingkat)

  1. Wajibal Ghunnah — paling sempurna (Mim & Nun Syaddah)
  2. Idgham — dengan dengung
  3. Ikhfa' — dengung samar
  4. Izhar — tanpa dengung
  5. Huruf berbaris — dengung asal sahaja

Hukum Tajwid Al-Qur'an 1

8

Jenis-Jenis Idgham

أَنْوَاعُ الْإِدْغَام

Selain Idgham dalam hukum Nun Mati/Tanwin dan Mim Mati, terdapat 3 jenis Idgham umum berdasarkan hubungan dua huruf yang bertemu: Mutamasilain, Mutajanisain, dan Mutaqaribain.17

1. Idgham Mutamasilain إِدْغَامٌ مُتَمَاثِلَيْن

Mutamasilain = dua huruf yang serupa. Berlaku apabila bertemu dua huruf yang sama. Cara baca: dimasukkan huruf pertama ke dalam huruf kedua dengan sempurna.

Contoh وَرُبِحَت تِّجَارَتُهُمْ   إِلَيْهِمْ بِهَدِيَّةٍ   فَهَل لَّنَا   أَيْنَمَا يُوَجِّههُ   وَعَصَوْا وَّكَانُوا

2. Idgham Mutajanisain إِدْغَامٌ مُتَجَانِسَيْن

Mutajanisain = dua huruf berhampiran jenis. Berlaku apabila bertemu dua huruf yang sama pada makhraj, tetapi berlainan sifat. Cara baca: dimasukkan huruf pertama ke dalam huruf kedua secara sempurna.

Contoh Idgham Kamil (sempurna) وَلَقَد تَّرَكْنَا   أَثْقَلَت دَّعَوْا   وَدَّت طَّآئِفَةٌ   إِذظَّلَمُوا   يَلْهَث ذَّلِكَ   اِرْكَب مَّعَنَا
Idgham Naqis (tidak sempurna): Terdapat huruf ط yang diidghamkan ke dalam huruf ت secara tidak sempurna — mengekalkan sifat Itbaq (kuat) yang ada pada huruf ط:
Contoh Idgham Naqis أَحَطتُّ   بَسَطتُّ   مَا فَرَّطتُمْ   وَفَرَّطتُمْ
Idgham Naqis (tidak sempurna) tidak diletakkan tanda syaddah pada huruf yang kedua. Manakala Idgham Kamil (sempurna) diletakkan tanda syaddah padanya.

3. Idgham Mutaqaribain إِدْغَامٌ مُتَقَارِبَيْن

Mutaqaribain = dua huruf berhampiran sama pada makhraj dan juga sifat. Mengikut Riwayat Hafs, hukum ini hanya berlaku apabila huruf ل dengan ر, dan huruf ق dengan ك saling bertemu. Cara baca: diidghamkan huruf pertama ke dalam huruf kedua secara sempurna tanpa didengungkan.

Contoh بَل رَّبُّكُمْ   قُل رَّبِّي   بَل رَّفَعَهُ   أَلَمْ نَخْلُقكُّمْ
Terdapat satu tempat dikecualikan dari bacaan idgham (Surah Al-Muthaffifin: 14) kerana dibaca dengan saktah.

Ringkasan Perbezaan Idgham Kamil & Naqis

AspekIdgham Kamil (sempurna)Idgham Naqis (tidak sempurna)
Makhraj hurufHilangHilang
Sifat hurufHilangDikekalkan (cth. Itbaq pada ط)
Tanda syaddahDiletakkanTidak diletakkan
9

Jenis-Jenis Mad

أَنْوَاعُ الْمَدّ

Mad ertinya bacaan panjang — memanjangkan suara pada sesuatu bacaan. Terdapat 3 huruf mad: ا و ي. Mad terbahagi kepada 2 pembahagian besar: Mad 'Asli (asal) dan Mad Far'i (cabang).23; Hukum Tajwid 2

Mad 'Asli (Mad Tabi'i): bacaan panjang yang tetap dengan kadar 2 harakat. Sebelum huruf ا berbaris fathah, sebelum ي berbaris kasrah, sebelum و berbaris dhammah. Nama lain: Mad Thobi'i, Mad Zati.
Mad Far'i: bacaan panjang yang pelbagai atau melebihi 2 harakat, disebabkan bertemu dengan huruf hamzah atau sukun.

Carta Pembahagian Mad Far'i

Mad Jaiz MunfasilMad Wajib MuttasilMad LazimMad Badal
Mad LinMad 'Aridh LissukunMad SilahMad 'Iwadh
Mad FarqMad TamkinMad Ta'zim (Mubalaghah)Mad Tabriah
Kadar harakat: 1 gerakan anak jari = 1 harakat (qasar) · 2 harakat = 2 Alif (tawassut) · 4 harakat = 3 Alif (mad) · 6 harakat = 4 Alif.

1. Mad Wajib Muttasil مَدٌ وَاجِبٌ مُتَّصِل

Muttasil = bersambung/berantai. Berlaku apabila salah satu huruf mad bertemu dengan huruf hamzah dalam satu perkataan. Dinamakan Muttasil kerana huruf mad dan hamzah berangkai/bersambung.

Dibaca panjang 4, 5, atau 6 harakat (wasal: 4 atau 5; waqaf: 6).

Contoh وَجَآءَ   سَوَآءٌ   مَآءٌ   يَشَآءُ   السَّمَآء

2. Mad Jaiz Munfasil مَدٌ جَائِزٌ مُنْفَصِل

Munfasil = berpisah. Berlaku apabila salah satu huruf mad bertemu dengan huruf hamzah dalam dua perkataan yang berlainan. Huruf mad di akhir perkataan pertama, hamzah di awal perkataan kedua.

Dibaca 4 atau 5 harakat ketika wasal, 2 harakat ketika waqaf.

Contoh لَا أُقْسِمُ   إِنَّآ أَنْزَلْنَاهُ   وَمَآ أَدْرَاكَ   وَإِذَآ أَرَاد
Sekiranya mad jaiz munfasil ditulis secara berangkai, tidak boleh dipisahkan bacaan mad dan hamzah tersebut — dibaca 4 atau 5 harakat. Dinamakan Mad Munfasil Hukmi.

3. Mad 'Aridh Lissukun مَدٌ عَارِضٌ لِلسُّكُون

Bermaksud Mad yang mendatang kerana sukun. Berlaku apabila selepas mad asli ada satu huruf yang berbaris, dan huruf tersebut disukunkan kerana waqaf (berhenti).

Dibaca 2, 4 atau 6 harakat ketika waqaf. Sekiranya tidak diwaqafkan, hukumnya kembali seperti mad asli.

Contoh (ketika waqaf) الْعَالَمِينَ   الرَّحِيمِ   نَسْتَعِينُ   الْمُسْتَقِيمِ

4. Mad Lin مَدٌ لِين

Lin = lembut. Hanya berlaku pada dua huruf mad sahaja: وْ dan يْ. Sebelum dua huruf tersebut mesti berbaris fathah, dan selepasnya terdapat satu huruf yang berbaris. Terjadi apabila mewaqafkan huruf yang terakhir selepas huruf mad tersebut.

Dibaca 2, 4 atau 6 harakat ketika waqaf. Sekiranya disambungkan bacaan, gugurlah hukum mad di situ.

Contoh الْبَيْتِ   نَوْرٍ   خَوْفٍ   قُرَيْش

5. Mad 'Iwadh مَدٌ عِوَض

'Iwadh = gantian/tukaran. Terjadi apabila mewaqafkan bacaan pada akhir kalimah yang terdapat huruf berbaris fathatain (baris dua di atas). Cara baca: menggugurkan bunyi tanwin dan menggantikannya dengan sebutan fathah biasa.

Hanya dibaca panjang 2 harakat ketika waqaf sahaja.

Contoh حَكِيمًا → حَكِيمَا   سَمِيعًا → سَمِيعَا   مَآءً → مَآءَا   نَآءً → نَآءَا
Huruf Ta' Marbutah (ة) dikecualikan dari Mad 'Iwadh kerana ia akan tetap dibaca dengan huruf Ha (ه) ketika waqaf.

6. Mad Badal مَدٌ بَدَل

Badal = gantian. Terjadi apabila huruf hamzah bertemu huruf mad pada awal kalimah. Pada asalnya, berlaku pertemuan dua hamzah (yang pertama berbaris, yang kedua sukun), dan kemudian hamzah kedua (sukun) digantikan dengan huruf mad mengikut baris hamzah pertama.

Dibaca 2 harakat sahaja mengikut Riwayat Hafs.

Contoh ءَامَنَ   أُوتُوا   إِيتَآءَ   إِيمَانًا
Perkataan asal: ءأْمَنَ · أْؤتُوا · إئْتَآءَ · إئْمَانًا — hamzah sukun diganti dengan huruf mad.

7. Mad Tamkin مَدٌ تَمْكِين

Tamkin = tetap. Terjadi apabila dua huruf ي bertemu dalam satu kalimah. Huruf ي yang pertama berbaris syaddah dan kasrah. Manakala huruf ي yang kedua berbaris sukun (mad).

Dibaca 2 harakat sahaja ketika bacaannya bersambung dengan huruf yang berikutnya.

Contoh النَّبِيِّينَ   أُمِّيِّينَ   رَبَّانِيِّينَ   حُيِّيتُمْ

Hukum Tajwid 2 — Mad Tamkin juga berlaku pada huruf و berbaris dhammah yang bertasydid bertemu و sakinah, dan ketika huruf و/ي madiyyah bertemu huruf و/ي yang berbaris dalam dua kalimah.

8. Mad Silah مَدٌ صِلَة

Silah = sambung. Terjadi apabila huruf Ha' Dhamir (ه — kata ganti nama diri ketiga lelaki) berada pada akhir kalimah. Syarat: huruf sebelum dan selepas Ha' Dhamir berbaris sama ada fathah, kasrah mahupun dhammah. Dibaca dengan mad ketika wasal sahaja. Terbahagi dua:

(i) Mad Silah Qasirah مَدٌ صِلَةٌ قَصِيرَة

Qasirah = pendek. Terjadi apabila selepas Ha' Dhamir terdapat huruf selain hamzah. Dibaca 2 harakat ketika sambung bacaan.

Contoh لَهُ · بِهِ · كِتَابُهُ · إِنَّهُ · يُؤْتِيهِ

(ii) Mad Silah Thowilah مَدٌ صِلَةٌ طَوِيلَة

Thowilah = panjang. Terjadi apabila terdapat huruf hamzah (ء) selepas Ha' Dhamir. Dibaca 4 atau 5 harakat ketika sambung bacaan.

Contoh إِنَّهُ ءَامَنَ · يَرَهُ ءَاذَا · عِلْمُهُ إِلَّا
Dikecualikan: Surah Az-Zumar: 7 (tidak disilahkan walau cukup syarat). Surah Al-Furqan: 69 (disilahkan walau tidak cukup syarat — sebelum Ha' Dhamir berbaris sukun).

9. Mad Farq مَدٌ فَرْق

Farq = pembeza. Membezakan antara ayat pemberitaan dan ayat pertanyaan. Terjadi apabila berlaku pertemuan dua hamzah pada awal kalimah: hamzah pertama adalah hamzah istifham (pertanyaan), hamzah kedua adalah hamzah wasal, dan terdapat huruf yang sukun selepasnya.

Dibaca 6 harakat, atau dibaca dengan tashil. Juga dinamakan Mad Lazim Kalimi.

Contoh ءَآللّٰهُ   ءَآلذَّكَرِينِ   ءَآلْئَٰن

Hanya 3 perkataan dalam Al-Qur'an: Surah Yunus: 59, Surah Al-An'am: 143&144, Surah An-Naml: 59.

Tashil = memudahkan/meringankan. Huruf hamzah kedua dibaca antara hamzah dengan alif.

10. Mad Lazim مَدٌ لَازِم

Lazim = kebiasaan/pasti — merujuk kepada harakat mad yang wajib dibaca dengan kadar 6 harakat. Terjadi apabila salah satu huruf mad bertemu dengan huruf yang sukun asli atau tidak asli (syaddah).

Mad Lazim terbahagi kepada 2 bahagian: Kalimi (perkataan) dan Harfi (huruf — pada permulaan surah). Setiap satu ada Mukhaffaf (ringan) dan Muthaqqal (berat).

(i) Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf مَدٌ لَازِمٌ كَلِيمِي مُخَفَّف

Mad ini terjadi apabila huruf mad bertemu huruf berbaris sukun dalam perkataan. Sebutan huruf selepas huruf mad dijelaskan tanpa diidghamkan.

Contoh ءَآلْئَٰن

(ii) Mad Lazim Kalimi Muthaqqal مَدٌ لَازِمٌ كَلِيمِي مُثَقَّل

Mad ini terjadi apabila huruf mad bertemu huruf berbaris syaddah dalam perkataan. Sebutan huruf selepas huruf mad tersebut diidghamkan.

Contoh الضَّآلِّينَ   حَآقَّةٌ   خَآصَّةٌ   أَتُحَآجُّونَ

(iii) Mad Lazim Harfi Mukhaffaf مَدٌ لَازِمٌ حَرْفِي مُخَفَّف

Terjadi pada huruf permulaan surah (Fawatihu As-Suwar) apabila huruf mad bertemu huruf berbaris sukun. Sebutan huruf selepas huruf mad tidak diidghamkan (izhar/ikhfa').

Contoh (diceraikan) نُونْ   قَافْ   صَادْ   سِينْ   عَيْنْ   قَافْ   سِينْ

(iv) Mad Lazim Harfi Muthaqqal مَدٌ لَازِمٌ حَرْفِي مُثَقَّل

Terjadi pada huruf permulaan surah apabila huruf mad bertemu huruf berbaris sukun. Sebutan huruf selepas huruf mad diidghamkan ke dalam huruf berikutnya.

Contoh (diceraikan) أَلِم   أَلِم   أَلِم   أَلِم   طَاسِيم   يَاسِيم   أَلِم
Cara mudah kenal pasti: Apabila terdapat huruf م selepas huruf ل atau س pada gabungan huruf di awal surah, ia adalah Mad Lazim Harfi Muthaqqal.
5 huruf pendek (2 harakat): ح ي ط ه ر. Huruf alif (ا) tidak dibaca panjang. Selain huruf ini (iaitu ن ق ص ع س ل ك م), dibaca 6 harakat.

11. Mad Ta'zim (Mubalaghah) مَدٌ تَعْظِيم / مُبَالَغَة

Ta'zim = memperagungkan. Terjadi pada perkataan لَا (ertinya "tidak") apabila bertemu perkataan إِلَه yang terdapat pada perkataan tauhid (kalimah syahadah).

Dibaca 4 atau 5 harakat. Namun bagi yang membaca Mad Jaiz Munfasil dengan 2 harakat, maka Mad Ta'zim dibaca 6 harakat.

Juga dinamakan Mad Mubalaghah (berlebihan dalam menafikan sesuatu).Hukum Tajwid 2

12. Mad Tabriah مَدٌ تَبْرِئَة

Tabriah = pembersihan/berlepas diri. Terjadi pada perkataan لَا yang berfungsi sebagai menafikan jenis.

Dibaca 2 harakat. Namun bagi Qiraat Hamzah, ia dibaca 6 harakat.Hukum Tajwid 2

10

Hukum Bacaan Ra

أَحْكَامُ الرَّاء

Hukum bacaan huruf Ra (ر) terbahagi kepada 3 jenis: Tafkhim (tebal), Tarqiq (nipis), dan Tafkhim atau Tarqiq (boleh dibaca kedua-duanya).

Huruf Isti'la' (7): خ ص ض غ ط ق ظ — huruf yang bersifat tinggi pada sebutannya. Penting untuk menentukan hukum Ra.

1. Tafkhim (Tebal)

Ra dibaca tebal dalam keadaan berikut:

  1. Ra berbaris fathah atau dhammah:
    رَسُولٌ   كَرَّام
  2. Ra sukun, sebelumnya huruf berbaris fathah atau dhammah:
    مَرْيَمَ   فُرْقَانًا
  3. Ra sukun kerana diwaqafkan, sebelumnya terdapat huruf berbaris fathah atau dhammah:
    الْكَوْثَرُ   النَّصْرُ   بِالْكُفْرِ أَجْرٍ   النَّارِ   النُّور
  4. Ra sukun kerana diwaqafkan, sebelumnya terdapat huruf bertanda sukun atau huruf mad 'alif' dan 'wau'. Sebelum huruf mad atau huruf sukun tersebut berbaris fathah atau dhammah.
  5. Ra sukun, sebelumnya terdapat huruf berbaris kasrah yang mendatang (hamzah wasal):
    اِرْتَابُوا   اِرْحَمْنَا   اِرْجِعِي
  6. Ra sukun, sebelumnya terdapat huruf berbaris kasrah, dan selepasnya terdapat huruf Isti'la' berbaris fathah atau dhammah di dalam perkataan yang sama:
    مِصْرًا   قِرْطَاسًا   فِرْقَةٍ

2. Tarqiq (Nipis)

Ra dibaca nipis dalam keadaan berikut:

  1. Ra berbaris kasrah:
    رِزْقًا   رِبْوِيّ
  2. Ra sukun, sebelumnya huruf berbaris kasrah, selepasnya bukan huruf Isti'la':
    فِرْعَوْنَ   اِلْفِرْدَوْسِ   فِرْقٍ
  3. Ra sukun kerana diwaqafkan, sebelumnya terdapat huruf berbaris kasrah:
    بِمُصيْطِرٍ   فَسَرِ   القِطْرِ   سُحْرٍ   ذِكْر
  4. Ra sukun kerana diwaqafkan, sebelumnya terdapat huruf mad 'ya', atau terdapat huruf bertanda sukun selain huruf Isti'la'. Sebelum huruf mad atau huruf sukun tersebut berbaris kasrah:
    الذِّكْرِ   السِّحْرِ   خَيْرٍ   لَخَبِيرٌ   بِالْخَيْرِ
  5. Ra sukun, sebelumnya terdapat huruf berbaris kasrah, dan selepasnya huruf Isti'la', dan kedua-duanya terpisah (dalam 2 kalimah):
    فَاصْبِرْ صَبْرًا   وَلَا تَصْطَدِرْ خَدَّك

3. Tafkhim atau Tarqiq (Boleh dibaca kedua-duanya)

Ra boleh dibaca tebal mahupun nipis dalam keadaan berikut:

  1. Ra sukun, sebelumnya huruf berbaris kasrah, dan selepasnya huruf Isti'la' berbaris kasrah atau kasratain:
    فِرْقٍ   بِحِرْصٍ   مِرْصَاص
  2. Ra sukun kerana diwaqafkan, sebelumnya terdapat huruf Isti'la' yang bertanda sukun, dan sebelum huruf tersebut adalah huruf berbaris kasrah:
    الْقِطْرِ   صِرْمٍ
11

Hukum Lam pada Lafaz Al-Jalalah

لَفْظُ الْجَلَالَة

Lafaz Al-Jalalah ialah lafaz "Allah" (اللّٰه). Huruf Lam pada lafaz ini dibaca sama ada Taghliz (tebal) atau Tarqiq (nipis) berdasarkan baris huruf sebelumnya.

1. Taghliz (Tebal)

Wajib dibaca Taghliz/tebal sekiranya huruf sebelum Lafaz Al-Jalalah berbaris fathah atau dhammah:

Contoh قَالَ اللّٰهُ   مَنَ اللّٰهِ   رَسُولُ اللّٰهِ   قُلِ اللّٰهُمَّ   نَصْرُ اللّٰهِ   إِلَّا بِإِذْنِ اللّٰهِ   فَأَنزَلَ اللّٰهُ   مَا شَاءَ اللّٰه

2. Tarqiq (Nipis)

Wajib dibaca Tarqiq/nipis sekiranya huruf sebelum Lafaz Al-Jalalah berbaris kasrah:

Contoh قُلِ اللّٰهُمَّ   بِسْمِ اللّٰهِ   قُلِ اللّٰهُ   إِلَّا بِحَمْدِ اللّٰهِ   أَمِرَ اللّٰه
12

Qalqalah

الْقَلْقَلَة

Qalqalah bermaksud lantunan atau detakan bunyi yang dipantulkan apabila huruf qalqalah bertanda sukun atau berbaris ketika diwaqafkan bacaan padanya.

5 huruf Qalqalah: ق ط ب ج د — himpunan: قَطْبٌ جَدٍّ

1. Sughra صُغْرَى

Lantunan terkecil. Terjadi apabila huruf qalqalah bertanda sukun berada di pertengahan kalimah atau pertengahan bacaan.

قَدْ كَانَ لَكُمْ   وَخَلَقْنَاكُمْ أَزْوَاجًا

2. Kubra كُبْرَى

Lantunan sederhana kuat. Terjadi apabila mewaqafkan bacaan pada huruf qalqalah di hujung kalimah, dan huruf tersebut tidak bertanda syaddah. Sukun di sini 'aridh (mendatang).

وَالسَّمَآءِ ذَاتِ الْبُرُوجِ   وَالْيَوْمِ الْمَوْعُودِ   إِنَّ رَبَّكَ لَبِالْمِرْصَاد

3. Akbar أَكْبَر

Lantunan paling kuat. Berlaku apabila mewaqafkan bacaan pada huruf qalqalah di hujung kalimah, dan huruf tersebut bertanda syaddah.

ذَلِكَ الْيَوْمُ الْحَقّ   تَبَّتْ يَدَآ أَبِي لَهَبٍ وَتَب
Ada pendapat ulama yang menyatakan qalqalah hanya 2 jenis (Sughra & Kubra) tanpa Akbar, dengan menggabungkan bacaan Akbar ke dalam Kubra.
13

Tanda-Tanda Waqaf

عَلَامَاتُ الْوَقْف

Waqaf bermaksud berhenti — memberhentikan bacaan pada akhir ayat atau pada pertengahan ayat. Berikut adalah tanda-tanda waqaf serta maksud yang terdapat di dalam Al-Qur'an.Nota Tadarus, m.s. 24

Nama WaqafTandaHukum / Cara
Waqaf Lazim (Wajib)م (mim)Lazim/wajib berhenti padanya. Jika diteruskan, makna akan berubah.
Waqaf Mutlaq (Wajib)ط (tha)Wajib berhenti tanpa sambung semula.
Waqaf Jaiz (Harus)ج (jim)Boleh terus atau berhenti padanya.
Waqaf Mu'anaqah (Ta'nuq)ϯ ϯ (3 titik)Berhenti pada salah satu darinya, tidak perlu mengulang ayat sebelumnya.
Waqaf Qali (Lebih Aula Berhenti)قلى (qoli)Lebih aula berhenti padanya.
Waqaf Sili (Lebih Aula Sambung)صل (soli)Sambung lebih aula.
A'damul Waqfi (Tidak Boleh Berhenti)لا (la)Tidak boleh berhenti padanya.
Waqaf Nabi (Sunnah)ۖⷴ (sin 3 titik)Disunnahkan berhenti padanya.
Peringatan: Selain tanda di atas, anjuran utama adalah mewaqafkan pada hujung ayat (Ra'sul Ayah).
14

Cara Bacaan Hamzah Wasal

هَمْزَةُ الْوَصْل

Mengikut Rasm 'Uthmani, Hamzah Wasal ditulis dengan huruf alif, dan diletakkan simbol seakan bentuk kepala huruf Shod (ص). Huruf ini hanya terdapat di awal perkataan sahaja, dan ia dibunyikan (dibariskan) ketika memulakan bacaan padanya sahaja. Sekiranya bacaan sambung dengan perkataan sebelumnya, maka gugur hilanglah hamzah tersebut dari sebutan (baris).Nota Tadarus, m.s. 5

A. Hamzah Wasal pada Kata Nama (Isim)

1. Dengan Alif Lam Ma'rifah

Cara bacaan hamzah yang dimulakan dengan alif lam ma'rifah (ال) adalah dengan baris fathah:

Contoh الشَّمْسُ   الْقَمَرُ   الضُّحَى

2. Isim Nakirah (tanpa Alif Lam)

Cara bacaan hamzah wasal pada kata nama yang tidak dimulakan dengan alif lam ma'rifah ialah dengan baris kasrah:

Contoh ابْنُ   اسْمٌ   امْرَأَتِي

B. Hamzah Wasal pada Kata Perbuatan (Fi'il)

Cara bacaan hamzah wasal pada kata perbuatan ialah dengan melihat baris huruf ketiga:

Baris huruf ke-3Baris Hamzah WasalContoh
Fathah atau KasrahKasrahاهْدِنَا   اقْرَأْ   اِرْجِعِي
DhammahDhammahانظُرُوا   اقْتُلُوا   اُرْكُض
6 perkataan pengecualian: Walaupun huruf ketiganya berbaris dhammah, hamzah wasalnya tetap dibaca dengan baris kasrah:
6 pengecualian اُدْخُلُوا   اُخْرُجُوا   اُذْبَحُوا   اُقْتُلُوا   اُمْشُوا   ائْتُونِي
15

Iltiqa' Sakinain / Nun Al-Wiqayah

اِلْتِقَاءُ السَّاكِنَيْنِ

Iltiqa' Sakinain bermaksud pertemuan dua huruf bertanda sukun. Nun Al-Wiqayah pula bererti huruf Nun pengganti.

Cara Baca

Apabila tanwin bertemu dengan hamzah wasal ketika bacaan sambung antara kedua-duanya, maka cara bacaannya ialah dengan:

  1. Menukarkan tanwin (baris dua) kepada satu baris
  2. Serta menggantikannya dengan huruf Nun berbaris kasrah (ِن)
Tanwin ialah baris dua, dan ia adalah jelmaan kepada huruf Nun sukun. Contoh: خَيْرًا = خَيْرَنْ
Contoh bacaan wasal خَيْرًا + الْوَصِيَّة = خَيْرِنِ الْوَصِيَّة   عُزَيْرٌ + ابْنُ اللّٰه = عُزَيْرِنِ ابْنُ اللّٰه   مَرْيَمَ + اِشْتَدَّت = مَرْيَمِنِ اشْتَدَّت   كَرَمًا + الدِّيْن = كَرَمِنِ الدِّيْن
16

Bacaan-Bacaan Gharib dalam Al-Qur'an

الْقِرَاءَاتُ الْغَرِيبَة

Gharib bermaksud ganjil atau asing. Dalam ilmu tajwid, ia bermaksud kesamaran pada bacaan — merujuk kepada bacaan khusus pada sesetengat tempat dalam Al-Qur'an mengikut Riwayat Hafs, Qiraat 'Asim.31; Nota Tadarus, m.s. 22-23

1. Saktah سَكْتَة

Bermaksud berhenti sejenak/seketika sambil menahan nafas (tanpa mengambil nafas yang baru). Biasanya tempat yang wajib dibaca saktah ditulis padanya huruf Sin (س) kecil. Mengikut Riwayat Hafs, hanya 4 tempat sahaja yang dibaca dengan saktah:

  1. Surah Al-Kahfi: 1
  2. Surah Yaasin: 52
  3. Surah Al-Qiyaamah: 27
  4. Surah Al-Muthaffifin: 14
Definisi penuh: Berhenti seketika tanpa bernafas sekadar 2 detikan dan menyambung semula bacaan, dengan nafas yang sama.
Harus dibaca dengan 2 wajah dalam ayat 28 dan 29 Surah Al-Haqqah: (1) Izhar dan saktah atau (2) Idgham.

2. Tashil تَسْهِيل

Bermaksud memudahkan atau meringankan bacaan secara samar-samar. Berlaku apabila terdapat dua hamzah berturutan dalam satu kalimah. Cara baca: hamzah pertama dibaca biasa, hamzah kedua dibaca dengan bunyi samar-samar (seakan-akan bunyi antara huruf hamzah dan alif). Diletakkan tanda bulat berwarna hitam di atas huruf hamzah yang kedua.

Mengikut Riwayat Hafs, hanya satu tempat sahaja yang wajib dibaca dengan tashil:

  • Surah Fussilat: 44
Istilah: Melafazkan huruf antara bunyi hamzah dan alif. Pada asalnya kalimah di atas mempunyai 2 hamzah yang berbaris. Kedua-duanya berbaris atas (fathah). Secara praktikalnya Imam Hafs membacanya: hamzah pertama dengan jelas (tahqiq), hamzah kedua dengan tashil.

3. Isymam إِشْمَام

Bacaan yang memuncungkan kedua bibir mulut. Diletakkan bentuk diamond di antara huruf Mim dan Nun sebagai tanda bacaan isymam. Mengikut Riwayat Hafs, hanya satu tempat sahaja:

  • Surah Yusuf: 11
Isymam: Memuncungkan mulut sebaik sahaja mensukunkan sesuatu huruf pada kalimah tertentu, seperti huruf tersebut disebut bila berbaris hadapan. Terjadi pada baris Hadapan (dhammah) sahaja.
Raum: Membaca dengan sebahagian harakah daripada harakah huruf Nun tersebut, sekadar didengari oleh mereka yang terdekat. Terjadi pada baris Hadapan (dhammah) dan Bawah (kasrah) sahaja. Boleh dibaca dengan 2 wajah: Ishmam atau Raum.

4. Naqal نَقْل

Bermaksud memindahkan baris huruf hamzah kepada huruf Lam sebelumnya pada kalimah alif lam. Perkataan asal ialah اْلْإِسْم, setelah dipindahkan baris hamzah kepada Lam, ia menjadi الْسِم.

Mengikut Riwayat Hafs, hanya satu tempat:

  • Surah Al-Hujuraat: 11
Istilah: Memindahkan baris pada huruf hamzah kepada huruf sebelumnya dan hamzah tersebut dihazafkan (dibuang) pada bacaan, tidak pada tulisan.

5. Imalah إِمَالَة

Bermaksud bacaan yang condong — mengubah baris biasa kepada baris pertengahan (antara fathah dan kasrah). Diletakkan bentuk diamond di bawah huruf Ra sebagai tanda bacaan imalah.

Istilah penuh: Membaca atau menyebut baris atas (fathah) cenderungnya ke baris bawah (kasrah), atau huruf alif cenderung kepada huruf Ya.

Mengikut Riwayat Hafs, hanya satu tempat:

  • Surah Hud: 41

6. Ibdal إِبْدَال

Bermaksud menukarkan huruf hamzah kepada huruf mad. Apabila dua hamzah bertemu dalam satu kalimah (hamzah pertama berbaris, hamzah kedua sukun), maka hamzah kedua (sukun) tersebut diibdalkan (ditukarkan) kepada huruf mad. Sama seperti hukum bacaan Mad Badal.

Contoh: Perkataan ائْتُونِي dibaca اِيتُونِي

  • Surah Al-Ahqaaf: 4

7. Huruf Shod yang Dibaca dengan Sin

Sekiranya terdapat huruf Sin kecil di atas atau di bawah huruf Shod, maka ia boleh dibaca dengan dua cara: dibaca dengan huruf Sin, atau kekalkan huruf Shod. Namun huruf yang berada di atas adalah lebih diutamakan untuk membacanya.

  • Surah Al-Baqarah: 245
  • Surah Al-A'raaf: 69
  • Surah At-Thuur: 37
Dalam Rasm Uthmani: jika Sin di atas Sod — bacaan Sin lebih diutamakan. Jika Sin di bawah Sod — bacaan Sod lebih diutamakan.
Peringatan: Bacaan-bacaan ganjil ini mestilah diambil dari guru secara bertalaqqi, agar tidak melakukan kesilapan dalam bacaan.

وَاللّٰهُ أَعْلَمُ بِالصَّوَاب

17

Tanda-Tanda dalam Al-Qur'an Rasm Uthmani

عَلَامَاتُ الرَّسْمِ الْعُثْمَانِي

Terdapat 19 tanda khusus dalam Al-Qur'an Rasm Uthmani yang mesti difahami oleh setiap pembaca Al-Qur'an. Tanda-tanda ini membantu mengenal pasti hukum tajwid dan kaedah bacaan dengan tepat.Nota Tadarus Al-Quran Tanda Resam 1, Ust. Shaedin Wahab Al-Muqri'

1. Tanda Bulat "o" (Sifir Mustadir)

Tanda ini terletak di atas huruf illah iaitu ا و ي yang menunjukkan huruf tersebut adalah huruf tambahan yang tidak dibaca sebagai huruf mad walau ketika menyambung atau memberhentikan bacaan.

Contoh: Surah Al-Baqarah, Al-Kahfi, Al-Zariyat, Al-An'am.

2. Tanda Bulat Bujur "0" (Sifir Mustatil Qoim)

Huruf Alif (ا) yang ada tanda bulat bujur di atasnya. Apabila waqaf, diwaqafkan dengan 2 harakat. Apabila wasal, diwasalkan dengan tidak ada harakat padanya (pendek).

Contoh: Surah Al-Kahfi, Al-Ahzab, Al-Insan, Al-Kafirun.

3. Tanda Hamzah Wasal

Hamzah berupa Alif di awal perkataan. Diabaikan jika memilih untuk mewasalkan bacaan dari ayat sebelumnya, tetapi jika memilih untuk memulai bacaan daripadanya, ia dibariskan.

Cara mengenali: Huruf Alif pada awal kalimah terdapat tanda berbentuk kepala huruf Sod di atasnya.

  • Jika selepas hamzah wasal ada huruf Lam, hamzah wasal dimulai dengan baris atas (fathah).
  • Jika selepas hamzah wasal selain huruf Lam:
    • Huruf ke-3 berbaris atas/bawah → hamzah wasal dibarisi baris bawah (kasrah).
    • Huruf ke-3 berbaris hadapan → hamzah wasal dibarisi baris hadapan (dhammah).
Ada beberapa kalimah yang tidak mengikut kaedah di atas — dapatkan petunjuk daripada guru.

4. Tanda Mati (Sukun)

Tanda ini terletak di atas mana-mana huruf yang menunjukkan huruf tersebut dibaca jelas (mati). Contoh: Surah At-Tin.

5. Tanda Huruf Mati yang Tidak Bertanda

Sekiranya terdapat huruf yang tidak bertanda dan diikuti dengan huruf bertasydid, maka huruf itu diidghamkan kepada huruf berikutnya dengan Idgham Kamil (sempurna).

Contoh: Surah Al-Lail, Al-Mursalat, Al-Kafirun.

6. Tanda Huruf Mim Kecil م

Tanda ini terletak di atas huruf Nun atau ganti Tanwin (baris dua) yang menunjukkan hukum Iqlab. Apabila terjadi hukum Iqlab, bacaannya didengungkan 2 harakat apabila Nun Mati/Tanwin bertemu Ba.

7. Tanda Tanwin Tersusun & Tidak Selari (Tarkib & Itbaq)

(i) Baris 2 Selari (Tarkib)

Terletak di atas huruf yang akan dibaca dengan jelas (Izhar).

(ii) Baris 2 Tidak Selari (Itbaq)

Terletak di atas huruf yang akan dibaca dengan:

  • Idham Kamil (masuk secara sempurna) — jika selepasnya diikuti huruf yang bertasydid (sabdu).
  • Idham Naqis (masuk secara tidak sempurna) @ Ikhfa' — jika selepasnya diikuti huruf yang tidak bertanda.

8. Tanda Tashdid (Sabdu) ّ

Tanda tashdid/sabdu di atas huruf menunjukkan huruf tersebut dibaca dengan berat / sedikit tekanan pada huruf tersebut.

9. Tanda Alif, Wau, Ya atau Nun Kecil ا و ي ن

Tanda Alif, Wau, Ya atau Nun kecil menunjukkan huruf asal yang dibuang dan mesti dibaca.

Contoh: Al-Anbiya' 88. Rujuk: Al-Baqarah 2, Al-Sajdah 18, Al-Baqarah 61, Al-A'raf 196.

10. Tanda Sin di Atas/Bawah Sod س

Dibaca dengan huruf س ataupun ص pada contoh kalimah berikut. Dalam Rasm Uthmani: jika Sin di atas Sod — bacaan Sin lebih diutamakan. Jika Sin di bawah Sod — bacaan Sod lebih diutamakan.

Contoh: Surah Al-Baqarah, Al-A'raf, At-Thur.

11. Tanda Mad Panjang

Tanda ini diletakkan di atas huruf-huruf tertentu yang menunjukkan bacaannya lebih dari kadar mad asli.

Contoh: Surah Al-Qalam, Al-Kauthar, Yasin.

12. Tanda Bulatan Berhias

Tanda bulatan berhias menunjukkan penghujung ayat dan nomornya menyatakan bilangan ayat.

13. Tanda Bintang

Tanda bintang menunjukkan permulaan atau kesudahan setiap juzu' / hizib / nisf dan rubu'.

14. Tanda Sujud Sajdah / Tilawah (Garis Panjang)

Tanda garis panjang terletak di atas atau di bawah kalimah menunjukkan kalimah tersebut diperingatkan tentang sujud tilawah.

Contoh: Surah Al-Sajdah.

15. Tanda Intan (Imalah)

Dibaca dengan bacaan Imalah pada kalimah tersebut. Istilah: membaca atau menyebut baris atas (fathah) cenderungnya ke baris bawah (kasrah), atau huruf alif cenderung kepada huruf Ya. Mengikut riwayat Hafs daripada Imam 'Asim, bacaan Imalah hanya pada 1 tempat sahaja. Diletakkan tanda segiempat meninggi di bawah huruf Ra bagi bacaan ini.

Contoh: Surah Hud ayat 41.

16. Tanda Titik Tumpat (Bacaan Isymam / Raum)

Dibaca dengan bacaan Isymam (memuncungkan mulut) pada kalimah bergaris. Boleh dibaca dengan 2 wajah: Isymam atau Raum.

  • Isymam: Memuncungkan mulut sebaik sahaja mensukunkan sesuatu huruf pada kalimah tertentu, seperti huruf tersebut disebut bila berbaris hadapan. (Terjadi pada baris Hadapan sahaja.)
  • Raum: Membaca dengan sebahagian harakah daripada harakah huruf Nun tersebut, sekadar didengari oleh mereka yang terdekat. (Terjadi pada baris Hadapan dan Bawah sahaja.)
Contoh: Surah Yusuf.

17. Tanda Huruf Sin Kecil س (Saktah)

Tanda Sin kecil menunjukkan bacaan Saktah — berhenti seketika tanpa bernafas sekadar 2 detikan dan menyambung semula bacaan dengan nafas yang sama.

Bagi riwayat Hafs, ada 4 tempat: Surah Al-Kahfi, Yaasin, Al-Qiyamah, Al-Muthaffifin.

18. Tanda Wau @ Ya Kecil Selepas Ha Dhomir (Mad Silah)

Tanda huruf Wau atau Ya kecil lepas Ha Dhomir mewakili hukum Mad Silah Qasirah, yang kadar panjang harakat madnya ialah 2 harakat.

Contoh: Surah Al-Baqarah, Al-Lail.
Ha' Dhomir ialah ganti nama diri ketiga yang memberi makna "nya" serta merujuk kepada sesuatu yang muzakar (lelaki), seperti لَهُ (baginya seorang lelaki) atau بِهِ (dengannya seorang lelaki).

19. Tanda-Tanda Waqaf

Selain anjuran untuk mewaqafkan pada hujung ayat (Ra'sul Ayah), terdapat tanda-tanda lain yang menerangkan akan keharusan waqaf pada tanda-tanda tersebut, terutama pada ayat yang agak panjang. (Rujuk bahagian 13 untuk senarai penuh.)

18

Nota Tambahan (Riwayat Imam Hafs daripada Imam 'Asim)

قِرَاءَةُ حَفْصٍ عَنْ عَاصِم

Berikut adalah bacaan-bacaan khusus dalam Riwayat Hafs yang mempunyai pelbagai wajah bacaan pada tempat-tempat tertentu dalam Al-Qur'an.Nota Tadarus, m.s. 22-24

1. 2 Wajah Bacaan — Surah Ar-Rum

Dibaca dengan 2 wajah pada huruf Dhad (ض) dalam ketiga-tiga kalimah dalam ayat tersebut. Boleh dibaca dengan baris atas (fathah) atau baris hadapan (dhammah).

2. Bacaan Tashil — Surah Al-Ahqaf

Jika diwaqafkan pada kalimah "Samawaat", apabila dimulai kalimah setelahnya dengan hamzah, ditashilkan seperti إِيتُونِي dengan kadar sebutan 2 harakat.

3. 3 Wajah Bacaan (Mengekalkan/Menghazafkan Huruf)

  1. Waqaf dengan mengekalkan huruf dengan berbaris mati نِي
  2. Menghazafkan huruf dengan mewaqafkan pada huruf Nun نْ sebagai huruf terakhir
  3. Jika mewasalkannya, maka ia hidup

4. Bacaan Naqal

Dibaca dengan bacaan Naqal. Istilah: memindahkan baris pada huruf hamzah kepada huruf sebelumnya, dan hamzah tersebut dihazafkan (dibuang) pada bacaan, tidak pada tulisan.

5. 3 Wajah pada Akhir Surah Al-Anfal & Awal Surah At-Taubah

  1. Pertama: Waqaf pada akhir Surah Al-Anfal dan memulakan bacaan pada awal Surah At-Taubah.
  2. Kedua: Mensaktahkan bacaan pada akhir Surah Al-Anfal dan mewasalkan bacaan pada awal Surah At-Taubah.
  3. Ketiga: Menyambungkan bacaan pada kedua-dua surah tersebut.
Nota: Di awal Surah At-Taubah tidak diawali dengan lafaz Bismillah.

6. 2 Wajah Bacaan (Izhar)

  1. Pertama: Waqaf pada awal ayat pertama dan memulakan bacaan pada ayat selepasnya.
  2. Kedua: Mewasalkan bacaan tersebut dengan bacaan Izhar pada kedua-dua tempat di bawah.

7. 2 Wajah Bacaan (Mengekalkan/Membuang Alif)

  1. Pertama: Mewaqafkan dengan mengekalkan huruf Alif seperti سِلْسَال atau membuangnya seperti سِلْسَل
  2. Kedua: Mewasalkan bacaan tersebut dengan membuang huruf Alif tanpa mad
Ada pada tulisan, tidak ada pada bacaan.

8. 3 Wajah Bacaan — Surah Ali 'Imran

Dibaca wasal dengan 2 wajah: Mim dibarisi dengan baris atas (fathah) diwasalkan dengan Lafzul Jalalah, dengan kadar harakat 2 atau 6 harakat pada Mim:

  1. Waqaf pada ayat pertama.
  2. Mim dibaca 2 harakat diwasalkan dengan Lafzul Jalalah.
  3. Mim dibaca 6 harakat diwasalkan dengan Lafzul Jalalah.

9. Idgham Kamil — Surah Hud

Idgham Kamil — huruf Kaf (ك) terus diidghamkan ke dalam huruf Mim (م).